5 Resepi Makanan Korea yang Mudah di Masak di Rumah.

Makanan Korea sudah menjadi tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Berikut adalah resepi makanan Korea yang ringkas dan mudah untuk anda masak di rumah. Selamat mencuba!

1. Tuna Kimchi Jjigae

Semangkuk Kimchi Jjigae ketika musim hujan atau ketika cuaca dingin, memang membangkitkan selera. Kimchi Jjigae (김치찌개) atau Kimchi Stew ini merupakan salah satu makanan ruji masyarakat Korea Selatan. Kimchi Jjigae ini kebiasaanya dimasak dengan menggunakan kimchi yang sudah diperam lama.

Kimchi Jjigae ini antara makanan yang sering Aini masak dirumah. Adakalanya, Aini masak dengan menggunakan Classic Kimchi. Adakalanya, Aini masak dengan menggunakan Stir Fried Kimchi. Bagi Aini, Aini lebih suka Stir Fried Kimchi kerana ia lebih berperisa dan sedikiy pedas. Masak Kimchi Jjigae dengan Stir Fried Kimchi ni dah tak perlu tambah garam. Memang dah secukup rasa.

Tuna Kimchi Jjigae ini antara respi yang mudah dimasak dan sangat enak dimakan bersama nasi panas. Tuna ini akan memberi sedikit rasa manis ek dalam Kimchi Jjigae. Kalau baru-baru nak cuba makan Kimchi Jjigae, boleh lah cuba untuk masak Tuna Kimchi Jjigae.

Cadangan Hidangan: 1-2 orang

Bahan-bahan:

  • 150 gram Stir Fried Kimchi
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 pek cendawan enoki
  • 1/2 tin tuna in water
  • 1/2 biji bawang holland
  • 1/2 sudu besar gochujang
  • 2 batang daun bawang
  • Minyak bijan
  • Sedikit lada hitam
Cara Masak:
  1. Tuang sedikit minyak bijan ke dalam periuk, kemudian tumis bawang holland, dan daun bawang sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan 150g Stir Fried Kimchi ke dalam tumisan.
  3. Masukkan 1/2 sudu besar Gochujang ke dalam tumisan dan tumiskan sehingga naik bau.
  4. Masukkan 1 cawan air ke dalam tumisan.
  5. Letakkan sedikit serbuk lada hitam.
  6. Masukkan 1/2 tin tuna in water.
  7. Masukkan 1 biji telur, 1 pek cendawan enoki, dan sedikit daun bawang.
  8. Biarkan ia mendidih seketika kemudian tutup api.
  9. Sedia untuk dihidang

2. Kimchi Bokkeumbap

 

Ada nasi lebih? Masak je nasi goreng!

   Bila ada lebihan nasi semalam, pasti nasi goreng menjadi menu utama untuk sarapan pagi. Apa kata, kali ini kita masak Nasi Goreng Kimchi sebagai menu untuk sarapan pagi atau sebagai bekal untuk dibawa pergi kerja mahupun bekal untuk anak-anak.

   Kimchi Bokkeumbap (김치 볶음밥) atau Nasi Goreng Kimchi ini merupakan menu masakan Korea yang sangat senang dimasak dan sangat sedap. Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja, pasti sudah menggamit selera.

Cadangan Hidangan: 1-2 orang

Bahan-Bahan:

  • 1 Mangkuk nasi
  • 150g Stir Fried Kimchi
  • 1 Sudu besar gochujang
  • 40ml air
Bahan Hiasan:
  • 2 batang daun bawang
  • Seaweed Flakes
  • Minyak Bijan
  • Bijan
Cara Masak:
  1. Tumis Stir Fried Kimchi bersama dengan satu sudu besar Gochijang selama 1 minit.
  2. Setelah itu, tambahkan 40ml air. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan nasi dan gorengkan nasi.
  4. Setelah semuanya sebati, matikan api.
  5. Tuang sedikit minyak bijan.
  6. Taburkan daun bawang, bijan dan seaweed flakes.
  7. Sedia untuk dihidang.

Tips: Boleh juga kalau nak tambah telur mata atau cheese di atas kimchi bokkeumbap tadi.

3. Manduguk (Korean Dumpling Soup)

Manduguk (만둣국) atau sup dumpling Korea ini merupakan makanan yang sering dimakan ketika Tahun Baru.

   Aini seorang yang suka sangat makan sup. Sup ayam, sup daging, sup tulang, sup telur dan apa jua sup sekalipun, semua tu Aini suka. Kalau hujan atau cuaca dingin, lagi lah seronok. Dapat hirup sup panas-panas.

   Bila dah selalu sangat makan sup, lama-lama Aini nak makan makanan yang baru pulak.

   Satu hari ni, Aini tengok drama Korea dan Aini terjumpa sup dumpling atau Manduguk. Jadi, Aini pun buat dekat rumah dengan menggunakan dumpling ‘frozen’.

   Rasa Manduguk tu sedap sangat tau. Rasa dumpling tu akan meresap ke dalam sup dan membuatkan sup tu jadi sangat lazat. Ditambah pula dengan sedikit lada hitam, memang akan rasa panas sampai ke dalam. Sangat sedap.

Jadi, Aini nak kongsikan resepi Manduguk yang Aini selalu buat dekat rumah.

Cadangan Hidangan: 1-2 orang

Bahan-Bahan:

  • 8 Ketul dumpling ‘frozen’
  • 4 Cawan air
  • 1 Kiub ayam
  • 1 tbsp kicap cair
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 2 biji telur (dipukul)
  • 1 tbsp minyak bijan
  • 2 batang daun bawang (potong serong halus)
  • Roasted Seaweed (dihancurkan)
  • Lada hitam
  • Garam
Cara Masak:
  1. Dalam periuk, masukkan air, kiub ayam, bawang putih dan kicap cair. Biarkan mendidih. Apabila mendidih, masukkan dumpling.
  2. Kemudian, tuangkan telur yang siap dipukul, kacau sedikit dan biarkan ia mendidh seketika
  3. Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  4. Setelah itu, matikan api dan tuangkan ke dalam mangkuk.
  5. Taburkan roasted seaweed yang telah dihancurkan dan juga daun bawang.
  6. Siap untuk dihidang!

Tips: Manduguk sedap dimakan bersama Stir Fried Kimchi dan Kkakdugi. 

4. Jumeokbap (Rice Ball)

Cadangan Hidangan: 3-4 orang

Bahan-Bahan (Danmuji Jumeokbap):

  • 1/2 pek Dazzling Danmuji (potong kiub)
  • 1/2 tin Tuna in water
  • 4 tbsp Mayonis
  • Seaweed (Kimnori Seaweed)
  • Nasi
Cara Masak:
  1. Masukkan Dazzling Danmuji, Tuna, Mayonis, seaweed dan nasi ke dalam satu bekas.
  2. Gaulkan bersama sehingga sebati.
  3. Cubit sedikit bahan-bahan yang telah digaul dan bentukkan menjadi bulat.
  4. Sedia untuk dihidang!

5. Tteokbokki

Kalau anda seorang peminat drama Korea, pasti anda pernah teringin unutk menikmati hidangan merah ini. Hidangan merah berkuah, mengandungi kek beras yang kenyal, ditemani oleh hidangan sampingan bergoreng memang membuat sesiapa sahaja terliur. Hidangan ini dipanggil sebagai Tteokbokki.

   Tteokbokki (떡볶이) atau Korean Spicy Rice Cake ini merupakan Korean Street Food yang sangat terkenal. Kkek beras itu dimasaka dengan air rebusan ikan bilis, pes cili Korea, serbuk cili Korea dan banyak lagi. Walaupun warna merah itu seakan-akan warna yang pedas, namun Tteokbokki ini tidak berapa pedas dan mempunyai rasa yang sedikit manis.

   Aini memang seorang yang suka menonton drama Korea. Tteokbokki ini sentiasa menjadi makanan yang Aini selalu nak cuba. Bayangkan, hampir kesemua drama Korea tunjuk tteokbokki ni. Memang terliurlah jawabnya.

Jadi, sekarang Aini nak share satu resepi Tteokbokki yang Aini selalu guna!

Cadangan Hidangan: 4 orang

Bahan-bahan:

  • 1 pek Rice Cake Stick
  • 1 pek MariMogo Tteokbokki Paste
  • Fish Cake
  •  2 Batang Daun Bawang
  • 1/2 Batang Lobak Merah (dipotong panjang)
  • 1/2 biji bawang holland
  • 400ml air
Cara Masak:
  1. Masukkan rice cake stick, fish cake, bawang holland, lobak merah, dan daun bawang ke dalam kuali.
  2. Masukkan MariMogo tteokbokki paste ke dalam kuali.
  3. Masukkan 400ml air ke dalam kuali.
  4. Hidupkan api dan biarkan sehingga menggelegak.
  5. Kacau sehingga sebati.
  6. Biarkan sehingga menggelegak.
  7. Setelah kuah tteokbokki sudah pekat, sedia untuk dihidang!

Tips: Tambahkan cheese slice/shredded cheese untuk rasa yang lebih enak.